Saturday, May 8, 2010

Indah.

Cerita kamu sangat indah. Walaupun pahit pd mulanya. Aku cemburu. Ya sedikit cemburu. Cerita ku tak seindah kamu. Aku tewas dan tunduk pd kata-kata di fikiranku. Kamu melalui liku liku yg serupa denganku tp kamu mampu harungi semuanya kerna kamu yakin pada cinta kamu. Pada ketulusan hatinya. Pada tutur katanya. Segala-galanya tentang dia. Hati kamu berbicara tapi hatiku senyap sunyi seribu bahasa. Mengapakah? Terlalu kecewakah aku? Hanya Tuhan yang tahu.

Berlarilah sayang. Terbang setinggi yg kamu mampu. Tapi jangan biarkan rasa bahagia itu terlalu meresap dlm jiwa. Terlalu gembira membuatkan kita menangis di kemudian hari. Percaya lah pada ketentuan Tuhan. Dia tahu apa yg terbaik buat kamu. Minta dipermudahkan segala urusan. Ku doakan moga kau baik- baik saja. Terima dia seadanya. Ini bukan sekadar ikatan sayang, harap kamu tahu itu.

Aku hanya mampu tunduk memandang bumi. Nampak senyuman itu di luaran nya tapi hatiku parah. :) Masih berdarah. Agak sukar untuk mempercayai cinta itu indah. Agak payah untuk terima ku akn kehilangan dia. Tak mungkin. Aku tidak mahu. Kenapa perlu jauh? Rindu. Ya. Hanya Tuhan yang tahu. Segala-galanya...

p/s: Ku berdoa untuk dia yang ku rindukan...

No comments: